kem kepimpinan
Friday, October 5, 2012 | Friday, October 05, 2012 | 0 Notes
Bismillahirrahmanirrahim :P
Assalamualaikum, pheww..#breath in,out *10 seconds for breath in and out *

Alhamdulillah, program Kem Kepimpinan yang pihak sekolah anjurkan telah berjaya memotivasikan diri aku buat seketika. #termenung jauh, layakkah aku menjadi pemimpin?# Okay, waktu first time dapat tahu yang aku akan ke kem tu, itulah yang aku fikirkan. apakah kelayakannya sampai aku layak ke kem tu ? tak tahulah. yang aku tahu, Allah telah memilih aku untuk beri peluang ni pada diri aku. mula-mula tak teringin nak pergi dan kalau boleh memang taknak langsung pergi,then tetiba je teringat yang aku selalu memohon kepada yang maha Esa supaya diberi keyakinan diri untuk aku menjadi seseorang yang berjaya. Suddenly, *rahmat turun jappp* Ya Allah, terima kasih kerana mengabulkan doa hambamu ini. kem ni 3 hari 2 malam di Parit Penghulu, Sg. Rambai. *special thanks to Pak Mat for homestay tuuu*. Masa nak pergi tu, Ya Allah... beg terasa ringan je, dalam kepala otak ni dah fikir yang mesti tak best kem kali ni, maybe. Bila sampai je homestay tu, phew...lagi bercampur baur keinginan untuk pulang ke rumah, rasa macam wasting my time je kat situ. But, apa yang kita gambarkan tak semestinya betul, program kat sana sangat-sangat seronok #credits to Ustaz zaimi, Master Zubair, akhi and ukhti, goodjob u all. dengan makanan yang sedap-sedap belaka, aku lahap makanan macam aku ni sesat kat hutan around 2 hari jee. berbekalkan 3 hari, pelbagai program dipadatkan dalam tu, semuanya memang excellent, sangat-sangat bersyukur waktu tu. bila tiba waktu nak balik je petang tu, bercucuran air mata ni keluar, laju je. sumpah...memang tak tahan dan tak sanggup nak menahan air mata ni daripada keluar. I don't know why... jarang sekali aku mengeluarkan air mata untuk orang yang aku baru kenal. Ya Allah, berat hati nak meninggalkan kenangan kat sana. Bawak beg pun seret je waktu tu, rasanya dah boleh terkoyak dah beg waktu tu. HIHI..masuk dalam bas je, termenung jauh and memohon # Ya Allah, sesungguhnya benar setiap pertemuan di akhiri dengan perpisahan. Janganlah Engkau menjadikan perpisahan ini perpisahan yang terakhir buat kami Ya Allah.

#akan aku terapkan segala yang di ajar dalam diri aku. Insya Allah, aku mampu jadi pemimpin yang berkaliber, berwibawa dan aku harap oarang lain yakin aku mampu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab. Doakan aku menjadi pemimpin yang sebegitu.

                         Rasa sayang heyy
                         rasa sayang sayang heyy
                         heyy lihat nona jauh rasa sayang sayang heyy
                        seronoknya datang ke sini
                        dengan kawan baik hati
                        langkah kanan langkah kiri
                        langkah kiri sekali lagi...lalala

                       terima kasih DiM
                       terima kasih terima kasih
                       terima kasih DiM
                       saya sayang      
                       DiM...:Plalala


Bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber
| Friday, October 05, 2012 | 0 Notes
Bismillahirrahmanirrahim :P
Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke blog saya ini. Saya akan mempertontonkan kepada anda mengenai apa yang saya dapat sepanjang berada di kem nadwah kepimpinan. Kata-kata yang bakal anda bakal adalah hasil daripada salah seorang pihak Darul Imtiyaz Management. Semoga anda dapat menerapkannya didalam diri masing-masing.

Seorang pemimpin tidak akan berjaya menjadi pemimpin yang berkaliber sekiranya dia tidak membina dirinya dengan sifat-sifat kepimpinan. Pemimpin itu sendiri yang mesti membentuk dirinya menjadi pemimpin. Seorang individu agak sulit untuk menjadi pemimpin sekiranya dia memiliki sifat-sifat berikut:

1. Mementingkan diri sendiri
Orang yang begini menganggap ‘status lebih penting dari jenis pekerjaan


2. Berlengah-lengah
Orang yang suka melambat-lambat atau menangguh-kan kerja, orang-orang begini akan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk melengahkan kerja atau untuk mengambil keputusan.

3. Kebiasaan yang sukar diubati (status quo)
Orang yang berfikir bahawa kebiasaan-kebiasaan yang sukar hendak diubati adalah suatu yang biasa. Sikap mi boleh menjadi pendorong utama kepada kegagalan.

4. Mengingati kisah-kisah lalu
Mereka yang sentiasa hidup dalam kejayaan masa lalu akan tinggal dalam angan-angan untuk memperoleh kembali keadaan 
seperti itu semula.

Kalau anda mahu melatih diri untuk menjadi pemimpin anda mestilah:

1. Sanggup melakukan apa yang anda ingin lakukan.
Untuk melatih diri jadi pemimpin cuba tidak ter-pengaruh dengan keputusan majoriti. Orang yang suka pada keputusan majoriti biasanya akan memuaskan orang lain dan kadang-kadang terpaksa mengenepikan diri sendiri. Untuk melatih diri menjadi pemimpin anda tidak seharusnya terikat dengan keputusan pemimpin. Ada masanya idea yang ditentang oleh majoriti ada kebaikannya. Orang yang berhasrat untuk menjadi pemimpin perlu dapat melihat kebaikan dari idea yang ditentang.

2. Sanggup cuba membentuk personaliti walaupun sulit.
Orang yang ingin jadi pemimpin perlu bercita-cita tinggi untuk jadi pemimpin. Perlu memilih azam yang kuat dan mengamalkan sikap bekerja kuat. Semangat mendorong diri sendiri harus datang dari dalam diri. Dorongan begini akan menolong mengatasi perasaan takut. Orang yang mempunyai dorongan dalam diri yang kuat tidak akan takut menghadapi dugaan.

3. Pengetahuan
Seorang pemimpin sebaik-baiknya mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam bidang yang diceburinya. Pengetahuan yang luas boleh membantunya membuat keputusan yang bijak dan pertimbangan yang wajar.

4. Kemampuan untuk merancang
Kemampuan merancang projek pembantu bawahan adalah modal yang penting untuk mendapat pengikut. Keupayaan merancang juga menggambarkan kewibawaan dan daya mengawal pengikut sehingga pengikut dapat menurut arahan kita secara sukarela. Pemimpin yang baik mengutamakan ciri yang baik yang ada dalam diri pengikutnya, tidak berat sebelah dan membuka peluang orang bawahan menyampaikan pendapat dan pandangan.

5. Daya imaginasi
Seorang yang ingin menjadi pemimpin perlu mempunyai daya imaginasi yang positif dan membina. Ia harus mampu menjadi pelopor, penyelidik, pencipta dan jaguh. Daya imaginasi yang baik akan membolehkan seseorang menyelesaikan masalah secara paling baik dan paling efektif. Daya imaginatif dapat dipupuk dengan banyak membaca, mendengar dan menimba pengalaman peribadi yang baru dengan positif tidak menolak idea yang dikemukakan secara terburu-buru walaupun ia kelihatan kurang sesuai ketika itu, tetapi mungkin berguna pada masa hadapan.

6. Kuasa pemutus
Setiap sesuatu keputusan yang diambil itu haruslah berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai. Keputusan perlu dibuat tanpa emosi. Keputusan itu mestilah keputusan yang terbaik dirasakan oleh pemimpin walaupun ada pendapat yang mengatakan keputusan itu kurang baik. Membuat keputusan memerlukan ketegasan, keyakinan dan keberanian dari dalam diri. Proses utama membentuk personaliti pemimpin ialah pengetahuan, kebijaksanaan, keadilan, kemuliaan, keakuan dan terhasillah kepimpinan agung. Pemimpin-pemimpin agung akan menilai sesuatu dalam kehidupannya secara paling agung. Misalnya seorang ahli falsafah agung, Earl Nightingale telah mengemukakan beberapa perkara paling agung dalam kehidupan:i. Hari paling agung ialah: Hari ini.
ii. Permainan terbaik ialah: Bekerja.
iii. Kekeliruan terbesar ialah: Kehidupan.
iv. Keanehan teragung ialah: Kematian.
v. Pekerjaan terbaik ialah: Pekerjaan yang anda sukai.
vi. Kesilapan terbesar: Putus asa.
vii. Sifat yang paling hina: Keangkuhan.
viii. Keperluan teragung: Akal budi.
ix. Orang yang paling berbahaya: Pendusta atau x. penipu.
x. Bandar terbaik: Tempat di mana anda memperoleh kejayaan.
xi. Ciptaan paling menakutkan: Peperangan.
xii. Orang paling tidak peramah: Pengeluh.
xiii. Guru terbaik: Seseorang yang mendorong semangat ingin belajar untuk anda.
xiv. Kegagalan paling buruk: Jiwa yang kehilangan semangat.
xv. Perkara paling mudah, murah dan bodoh dilakukan ialah: Mencari kesalahan.
xvi. Orang paling bijak: Seseorang yang selalu membuat apa yang difikirkan betul.
xvii. Orang paling menjemukan: Orang yang terus bercakap walaupun sudah menyatakan pendiriannya.
xviii. Teman paling digemari: Seseorang yang tetap menerima anda seadanya.
xix. Perasaan paling keji: Iri hati pada kejayaan orang lain.
xx. Pengalaman paling memuaskan: Menjalankan kewajipan anda terlebih dahulu.
xxi. Tindakan terbaik: Ketenangan fikiran dan adil dalam pertimbangan.
xxii. Keberkatan paling baik: Kesihatan yang baik.
xxiii. Hukum salam teragung: Sebab dan akibat.
xxiv. Perjudian paling besar: Menganggap harapan sebagai kenyataan.
xxv. Perkara paling mesti dimiliki dalam hidup: Rasa diperlukan.
xxvi. Peluang yang terbaik: Ialah yang satu lagi.
xxvii. Kemenangan terbesar: Kemenangan atas diri anda sendiri.
xxviii. Kecacatan terbesar: Mementingkan diri sendiri.
xxix. Kehilangan terbesar: Hilangnya keyakinan pada diri sendiri.
xxx. Kerugian terbesar: Kebolehan dan bakat yang tidak digunakan sepenuhnya.
xxxi. Perkara-perkara teragung: Cinta kepada keluarga, rumah tangga, kawan-kawan, jiran dan tanah air yang memberikan kebebasan.

Kesilapan paling membodohkan:

1. Tidak mahu membetulkan kesalahan yang telah dibuat semalam.
2. Beranggapan semua orang yang telah berjaya mempunyai bakat istimewa.
3. Tidak mempunyai semangat untuk menukar fikiran.
4. Mengharapkan nasibnya berubah.
5. Mengatakan ini tidak boleh dilakukan.
6. Membelanjakan wang untuk perhiasan yang tidak berharga.
7. Memikirkan yang dia boleh hidup tanpa Tuhan.

Kecelakaan paling agung dalam kehidupan:
1. Tidak mempunyai dorongan diri untuk berjaya.
2. Tiada matlamat hidup yang nyata.
3. Sikap dan pemikiran yang negatif.
4. Mempunyai gambaran diri sendiri yang sangat negatif.
5. Takut menghadapi kegagalan dan kritikan.
6. Berserah sepenuhnya kepada takdir.

Kerana dan akibat:

1. Kerana dirimu tidak matang, anda dihina.
2. Kerana dirimu lembut, anda dibakar

Oleh itu, jadilah seperti batu, jadilah intan, sebab orang yang berjuang gigih dan berpegang teguh, alam ini akan bercahaya untuknya. Dan apabila kita sudah sanggup mengambil kepastian dan tidak dipengaruhi oleh angan-angan maka akan dapat mengendalikan fikiran. Sepuluh petua untuk meningkatkan kejayaan:

1. Berusaha untuk mempelajari segala-gala pengetahuan yang baik.
2. Bersedia mendengar dan menerima kebenaran tentang diri anda.
3. Bersedia memikul tanggungjawab sepenuhnya tentang kejayaan dan kegagalan kita.
4. Bersedia bekerja sekurang-kurangnya 60 jam seminggu.
5. Bersedia menghadapi masalah dan mencari penyelesaian.
6. Menolak jalan mudah dan mencari jalan singkat.
7. Tidak terlibat dalam hal-hal yang remeh-temeh atau keji.
8. Berterus-teranglah terhadap perhubungan kita dengan orang lain.
9. Menyerahkan jiwa raga tanpa memikirkan balasannya.
10. Yakin yang tujuan anda benar dan membawa nilai yang besar bagi orang yang menerimanya.

INGATLAH orang yang tahu ialah orang yang tahu apabila dia tahu apabila dia tidak tahu dan…

SEDARLAH kadangkala nasib kita seperti bola, ditendang ke sana, ditendang ke sini. Walau bagaimanapun, bola inilah yang akhirnya ke jaring gol. Anda boleh jika:

1. Jika anda fikir anda telah kalah sebelum berjuang, pastilah anda akan kalah.
2. Jika anda fikir anda tidak berani, memanglah anda seorang pengecut.
3. Jika anda fikir anda mencapai kemenangan tetapi tidak berdaya melakukannya, itu petanda yang anda telah hampir pada kegagalan.
4. Jika anda fikir yang anda akan tewas, sememangnyalah anda akan tewas.
5. Jika anda fikir anda akan diperbudak-budakkan demikianlah akan terjadi.
6. Jika anda berfikiran jauh untuk mencapai kedudukan tinggi, anda harus mempunyai keyakinan diri sebelum mahu mengecap sebarang kejayaan.
7. Perjuangan hidup ini bukan hanya terletak pada kekuatan dan kepantasan sahaja, tetapi pada hakikatnya manusia yang berjaya adalah mereka yang berfikiran `BOLEH’ melakukan apa yang dicita-citakannya – anda sepatutnya begitu.

Copy & Paste

Labels:

Thursday, September 6, 2012 | Thursday, September 06, 2012 | 0 Notes
Assalamualaikum

*Fuhhhh* bersihkan blog jap sebelum update, maklumlah dah lama tak update pelbagaikan. buzy buat beberapa tahun akan datang..Ya Allah, semenjak masuk ke kelas akaun ni, rasa menyesal dan pelbagai lagilah. ragu2 spm next year boleh buat ke tidak cuz takut add math gagal. janganlah,insya Allah. this year sma, takutlah jugak eventho cuma menghafal then paste je dekat paper tu, taktahulah apa yang buatkannya susah sampai dah serabai otak ni, tengok tv pun nampak kulit buku diniah je, makan tak kenyang, tidur tak cukup dan pelbagai lagi. tapi Alhamdulillah, my life better than everyone. i mean taklah serabai sangat, cuma ada sikitlah. sekarang ni tengah minggu trial untuk sma, masya Allah, penatnya hanya Allah je yang tahu..nak dijadikan cerita, hampir terbakar kertas exam kerana asik2 tenung je. dengan penuh penghayatan lagi tu tau. insya Allah trial ni akan ada yang mumtaz, eventho ada subjek yang tak di target,tapi saya akan cuba sedaya upaya cuz dah janji , janjikan harus ditepati.

Assalamualaikum =,=
SLOT KONGSI-KONGSI #1
Saturday, July 7, 2012 | Saturday, July 07, 2012 | 0 Notes
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum..

malam ni nak kongsi sikit dengan reader semua di SLOT KONGSI-KONGSI mengenai Pendengar.
Semua pernah menjadi pendengar yang setia kepada sahabatnya, kekasihnya dan sebagainya. Tapi, pernah tak rasa yang menjadi pendengar ni tak best. Mesti ada yang cakap, jadi pendengar ni bosan, kadang-kadang tak tahu nak jawap apa yang dia orang citer. kan.kan. Janganlah cakap macam tu, kita sudah cukup memadai mendengar keluhan orang and lebih baik jika kita tak jawab apa-apa (to me lah). why ? because saya rasalah yang kita sebagai pendengar adalah sahabat yang paling baik. And kepada orang yang bercerita tu, janganlah kita tak jadi pendengar setia kepada kawan kita tadikan. kecik pulak ulu hati dia nanti. So, sama adil, kita sama2 menjadi pendengar setia. boleh ?

Assalamualaikum ~
# Muhasabah Diri 2 (La Tahzan )
Sunday, July 1, 2012 | Sunday, July 01, 2012 | 0 Notes
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum kepada semua pembaca yang di rahmati Allah. semoga anda dipanjangkan umur dan berada dalam keadaan yang baik baik belaka .

Bismilahirrahmanirahim,
saya yakin anda dan juga diri saya pernah merasai kesedihan dari pelbagai segi. Disini saya ingin berkongsi mengenai kesedihan ini. Baiklah, menangis  lazim bagi kita manusia kerana ia dapat mengurangkan perasaan yang sedang kita rasai. Menangis sebenarnya salah satu cara untuk membuat kita merasa lebih selesa dan sebagainya. Ok, tarik nafas dalam-dalam, hembus~ tenangkan diri anda dahulu. Menangis tidak semestinya satu saja cara untuk menenangkan diri anda dan saya. Mungkin pada pandangan anda menangis adalah cara yang paling berkesan sekali tetapi sebenarnya tidak. Berzikir, Selawat, Berdoa dan membaca Al-Quran adalah antara cara yang paling berkesan untuk menangani kesedihan hati. Kita sebagai orang islam sekurang-kurangnya ikutlah ajaran ini supaya kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Janganlah kerana hati terluka tak lalu nak makan minum, tak boleh tidur, tak boleh berfikir, hati gelisah dan sebagainya. Jangan ya, jangan begitu kerana kita ada Allah yang sentiasa disisi kita, sentiasa menemani kita disisi ini cuma kita saja kadang-kala melupakan-Nya. Allah menguji hambanya kerana Dia sayang pada kita, janganlah sampai tiada ujian dalam kehidupannya kerana itu tandanya Allah semakin jauh dari kita ya. Minta dijauhkan dari itu. To the point, acapkali bila kita kesedihan kita akan menangis sepuasnya disuatu sudut tanpa diketahui oleh orang lain, mungkin dengan berbuat begini akan menimbulkan rasa diri tidak disayangi oleh sesiapa. Jangan lakukannya kerana kita harus sedar dan yakin Allah sentiasa bersama kita kerana menyayangi kita. Lazimnya perempuan / kaum hawa yang kehilangan kekasih akan meracau bagai, menangis teresak-esak bagai kehilangan ibu bapa dan sebagainya akan merasakan diri  tidak disayangi dan sebagainya. Peringatan sekali lagi ya, berzikirlah, berdoalah, bacalah al-quran tika hati berduka , kitakan orang islam, kalau bersedih tu berpada-padalah. Bukan kita saja yang merasai kehilangan, bahkan semua mahkluk Allah di muka bumi ini pernah merasainya bahkan kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad juga pernah merasainya ketika kehilangan bapa saudara dan isteri baginda, tetapi ambillah pengajaran disebalik kesedihan yang kita alami iaitu menjadikan diri lebih tabah. Siapa yang kata diri tidak disayangi dan siapa yang pernah berfikir begitu diharap buang jauh-jauh perasaan itu kerana Allah masih menyayangi kita dengan memberikan kita seseorang yang mampu mengubati luka dihati. Sentiasalah merapatkan diri dengan Allah dan bukan dengan syaitan kerana kadang-kala kita akan lalai dengan sesuatu perkara. Nauzubillahminzalik.. minta dijauhkan dari kita semua.

 *
Saya tidak layak untuk membincangkan hal ini dengan lanjut kerana ilmu ini tidak mencukupi, takut tersalah ajaran dan sebagainya . Jika ada yang tersalah, tolong tegur dan jika ada ketidakpuasan hati sila luahkan agar kita dapat berkongsi lebih banyak ilmu dan agar kita dapat mendekatkan diri kepada Allah.Semoga anda dapat berkongsi ilmu disini bersama saya.
Assalamualaikum .
# Muhasabah Diri 1
Wednesday, June 27, 2012 | Wednesday, June 27, 2012 | 0 Notes
Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamualaikum semua reader blog yang tidak seberapa ini. terima kasih kerana sudi menjengah blog ni pada waktu lapang. Alhamdulillah, ada sedikit perubahan pada diri saya setelah menghadiri kursus motivasi bersama JMG.

Bismillahirrahmanirrahim..

Zaman sekarang ni kalau dikaji dan dibelek- belek, mengapa lebih ramai yang menyayangi kekasih hati daripada ibu bapa sendiri ? Jawapannya terletak pada diri masing-masing yang sudah mempunyai kekasih hati. Baiklah, ber couple tidaklah salah tetapi ia salah jika melanggar syariat yang telah di tetapkan dan mengapa perlu menyayangi kekasih dengan sepenuh hati yang belum tentu akan menjadi milik kita suatu hari nanti. Kepada kaum hawa, jika hendak memilih kekasih, pilihlah yang boleh membimbing kita ke jalan Allah dan kepada kaum Adam janganlah berani bercinta jika tidak terniat di hati untuk memperisterikan si dia. Bukan untuk menyindir tetapi untuk mengingati kerana kita sebagai hamba Allah haruslah sentiasa mengingat dan mengingatkan orang lain untuk mendapat keredhaan Allah sepanjang hidup ini. baiklah, back to the point tentang ibu bapa, zaman sekarang ni, jarang nak jumpa anak-anak yang  mengucapkan ' SAYANG UMI ABI' ' SAYANG MAK ABAH' ' SAYANG MAMA PAPA' tetapi sering jumpa dan sampai dah muak dengar  yang ini ' I SAYANG U ' ' AYANG SAYANG ABANG' 'PAPA SAYANG MAMA' dan sebagainya ya. Kenapa dan mengapa persoalan sekarangnya. kenapa senang nak ucapkan kata-kata ini pada orang yang tidak halal bagi kita tetapi susah nak ucapkannya pada ibu ayah kita yang selama ni telah bersusah payah membesarkan kita, mencari rezeki untuk kita, menatang kita bagai minyak yang penuh. Ini semua tidak adil bagi ibu bapa kerana bukan kekasih kita yang beri kita duit poket ke sekolah, bukan kekasih kita yang ada disamping kita sedang terseksa, bukan kekasih kita yang berada disisi kita waktu memerlukan kasih sayang, bukan kekasih kita yang berada di samping kita waktu kita memerlukan seseorang di samping kita. Itu semuanya memerlukan kehadiran ibu bapa kita disisi bukan kekasih hati yang mungkin tidak peduli langsung tentang diri kita. Dan mengapa kita perlu berduka sewaktu kekasih meninggalkan kita ? bukankah kehadiran ibu bapa yang kita perlukan , adakah kita akan kesunyian bila kekasih meninggalkan kita seandainya kita mengisi hati ini dengan kasih sayang daripada ibu bapa kita yang sememangnya dari kita dilahirkan mereka sudah menyayangi kita sepenuh jiwa mereka. Tidak perlu bersusah payah menangisi perpisahan dengan kekasih kerana segalanya telah Allah rancangkan. mungkin Allah memisahkan kita dengan kekasih hati kerana Dia akan memberikan yang terbaik buat kita, dan mungkin yang lebih baik daripada kekasih kita sekarang. Dan tak perlu bersusah payah terjun bagunan kerana kekasih kerana adakah dia kesah jika kita berbuat demikian, ia hanya mengundang keresahan ibu bapa dan kesedihan mereka sahaja.
Baiklah kepada kaum Adam, jika benar kamu hendak berkenalan dengan kaum Hawa, berjumpalah dengan ibu bapanya terlebih dahulu kerana bukankah ia lebih manis? Insya Allah mendapat restu daripada mereka, Insya Allah. Percayalah dengan rancangan Allah kerana Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya. Dan sebelum terlambat, ucapkanlah ' UMI ABI, SAYA TAHU SELAMA INI SAYA BANYAK SALAH PADA UMI ABI. MAAFKANLAH SAYA SEKIRANYA SEGALA PERCAKAPAN DAN PERBUATAN SAYA MENYAKITI UMI DAN ABI. TERIMA KASIH KERANA MEMBESARKAN SAYA, MEMBERIKAN SAYA DIDIKAN YANG CUKUP, BERSUSAH PAYAH UNTUK SAYA DAN  TIDAK PUTUS-PUTUS MENDOAKAN SAYA SETIAP HARI DAN MINIT . SAYA SAYANG UMI ABI ' insya Allah, ini akan memberikan ketenangan pada anda semua wahai anak-anak. mingkin kita tak rasa nak lakukannya sekarang,sekejap lagi, malam nanti atau esok lusa tapi yakinkah kamu semua mereka akan hidup sekejap lagi, malam nati, esok mahupun lusa ? kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Sebelum mereka pergi dan selagi masih berkesempatan, luahkanlah kasih sayang itu buat mereka, biar mereka merasai kasih sayang kita untuk mereka.

Assalamualaikum. Sekian Terima Kasih.

Older Post