# Muhasabah Diri 2 (La Tahzan )
Sunday, July 1, 2012 | Sunday, July 01, 2012 | 0 Notes
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum kepada semua pembaca yang di rahmati Allah. semoga anda dipanjangkan umur dan berada dalam keadaan yang baik baik belaka .

Bismilahirrahmanirahim,
saya yakin anda dan juga diri saya pernah merasai kesedihan dari pelbagai segi. Disini saya ingin berkongsi mengenai kesedihan ini. Baiklah, menangis  lazim bagi kita manusia kerana ia dapat mengurangkan perasaan yang sedang kita rasai. Menangis sebenarnya salah satu cara untuk membuat kita merasa lebih selesa dan sebagainya. Ok, tarik nafas dalam-dalam, hembus~ tenangkan diri anda dahulu. Menangis tidak semestinya satu saja cara untuk menenangkan diri anda dan saya. Mungkin pada pandangan anda menangis adalah cara yang paling berkesan sekali tetapi sebenarnya tidak. Berzikir, Selawat, Berdoa dan membaca Al-Quran adalah antara cara yang paling berkesan untuk menangani kesedihan hati. Kita sebagai orang islam sekurang-kurangnya ikutlah ajaran ini supaya kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Janganlah kerana hati terluka tak lalu nak makan minum, tak boleh tidur, tak boleh berfikir, hati gelisah dan sebagainya. Jangan ya, jangan begitu kerana kita ada Allah yang sentiasa disisi kita, sentiasa menemani kita disisi ini cuma kita saja kadang-kala melupakan-Nya. Allah menguji hambanya kerana Dia sayang pada kita, janganlah sampai tiada ujian dalam kehidupannya kerana itu tandanya Allah semakin jauh dari kita ya. Minta dijauhkan dari itu. To the point, acapkali bila kita kesedihan kita akan menangis sepuasnya disuatu sudut tanpa diketahui oleh orang lain, mungkin dengan berbuat begini akan menimbulkan rasa diri tidak disayangi oleh sesiapa. Jangan lakukannya kerana kita harus sedar dan yakin Allah sentiasa bersama kita kerana menyayangi kita. Lazimnya perempuan / kaum hawa yang kehilangan kekasih akan meracau bagai, menangis teresak-esak bagai kehilangan ibu bapa dan sebagainya akan merasakan diri  tidak disayangi dan sebagainya. Peringatan sekali lagi ya, berzikirlah, berdoalah, bacalah al-quran tika hati berduka , kitakan orang islam, kalau bersedih tu berpada-padalah. Bukan kita saja yang merasai kehilangan, bahkan semua mahkluk Allah di muka bumi ini pernah merasainya bahkan kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad juga pernah merasainya ketika kehilangan bapa saudara dan isteri baginda, tetapi ambillah pengajaran disebalik kesedihan yang kita alami iaitu menjadikan diri lebih tabah. Siapa yang kata diri tidak disayangi dan siapa yang pernah berfikir begitu diharap buang jauh-jauh perasaan itu kerana Allah masih menyayangi kita dengan memberikan kita seseorang yang mampu mengubati luka dihati. Sentiasalah merapatkan diri dengan Allah dan bukan dengan syaitan kerana kadang-kala kita akan lalai dengan sesuatu perkara. Nauzubillahminzalik.. minta dijauhkan dari kita semua.

 *
Saya tidak layak untuk membincangkan hal ini dengan lanjut kerana ilmu ini tidak mencukupi, takut tersalah ajaran dan sebagainya . Jika ada yang tersalah, tolong tegur dan jika ada ketidakpuasan hati sila luahkan agar kita dapat berkongsi lebih banyak ilmu dan agar kita dapat mendekatkan diri kepada Allah.Semoga anda dapat berkongsi ilmu disini bersama saya.
Assalamualaikum .

Older Post | Newer Post