# Muhasabah Diri 1
Wednesday, June 27, 2012 | Wednesday, June 27, 2012 | 0 Notes
Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamualaikum semua reader blog yang tidak seberapa ini. terima kasih kerana sudi menjengah blog ni pada waktu lapang. Alhamdulillah, ada sedikit perubahan pada diri saya setelah menghadiri kursus motivasi bersama JMG.

Bismillahirrahmanirrahim..

Zaman sekarang ni kalau dikaji dan dibelek- belek, mengapa lebih ramai yang menyayangi kekasih hati daripada ibu bapa sendiri ? Jawapannya terletak pada diri masing-masing yang sudah mempunyai kekasih hati. Baiklah, ber couple tidaklah salah tetapi ia salah jika melanggar syariat yang telah di tetapkan dan mengapa perlu menyayangi kekasih dengan sepenuh hati yang belum tentu akan menjadi milik kita suatu hari nanti. Kepada kaum hawa, jika hendak memilih kekasih, pilihlah yang boleh membimbing kita ke jalan Allah dan kepada kaum Adam janganlah berani bercinta jika tidak terniat di hati untuk memperisterikan si dia. Bukan untuk menyindir tetapi untuk mengingati kerana kita sebagai hamba Allah haruslah sentiasa mengingat dan mengingatkan orang lain untuk mendapat keredhaan Allah sepanjang hidup ini. baiklah, back to the point tentang ibu bapa, zaman sekarang ni, jarang nak jumpa anak-anak yang  mengucapkan ' SAYANG UMI ABI' ' SAYANG MAK ABAH' ' SAYANG MAMA PAPA' tetapi sering jumpa dan sampai dah muak dengar  yang ini ' I SAYANG U ' ' AYANG SAYANG ABANG' 'PAPA SAYANG MAMA' dan sebagainya ya. Kenapa dan mengapa persoalan sekarangnya. kenapa senang nak ucapkan kata-kata ini pada orang yang tidak halal bagi kita tetapi susah nak ucapkannya pada ibu ayah kita yang selama ni telah bersusah payah membesarkan kita, mencari rezeki untuk kita, menatang kita bagai minyak yang penuh. Ini semua tidak adil bagi ibu bapa kerana bukan kekasih kita yang beri kita duit poket ke sekolah, bukan kekasih kita yang ada disamping kita sedang terseksa, bukan kekasih kita yang berada disisi kita waktu memerlukan kasih sayang, bukan kekasih kita yang berada di samping kita waktu kita memerlukan seseorang di samping kita. Itu semuanya memerlukan kehadiran ibu bapa kita disisi bukan kekasih hati yang mungkin tidak peduli langsung tentang diri kita. Dan mengapa kita perlu berduka sewaktu kekasih meninggalkan kita ? bukankah kehadiran ibu bapa yang kita perlukan , adakah kita akan kesunyian bila kekasih meninggalkan kita seandainya kita mengisi hati ini dengan kasih sayang daripada ibu bapa kita yang sememangnya dari kita dilahirkan mereka sudah menyayangi kita sepenuh jiwa mereka. Tidak perlu bersusah payah menangisi perpisahan dengan kekasih kerana segalanya telah Allah rancangkan. mungkin Allah memisahkan kita dengan kekasih hati kerana Dia akan memberikan yang terbaik buat kita, dan mungkin yang lebih baik daripada kekasih kita sekarang. Dan tak perlu bersusah payah terjun bagunan kerana kekasih kerana adakah dia kesah jika kita berbuat demikian, ia hanya mengundang keresahan ibu bapa dan kesedihan mereka sahaja.
Baiklah kepada kaum Adam, jika benar kamu hendak berkenalan dengan kaum Hawa, berjumpalah dengan ibu bapanya terlebih dahulu kerana bukankah ia lebih manis? Insya Allah mendapat restu daripada mereka, Insya Allah. Percayalah dengan rancangan Allah kerana Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya. Dan sebelum terlambat, ucapkanlah ' UMI ABI, SAYA TAHU SELAMA INI SAYA BANYAK SALAH PADA UMI ABI. MAAFKANLAH SAYA SEKIRANYA SEGALA PERCAKAPAN DAN PERBUATAN SAYA MENYAKITI UMI DAN ABI. TERIMA KASIH KERANA MEMBESARKAN SAYA, MEMBERIKAN SAYA DIDIKAN YANG CUKUP, BERSUSAH PAYAH UNTUK SAYA DAN  TIDAK PUTUS-PUTUS MENDOAKAN SAYA SETIAP HARI DAN MINIT . SAYA SAYANG UMI ABI ' insya Allah, ini akan memberikan ketenangan pada anda semua wahai anak-anak. mingkin kita tak rasa nak lakukannya sekarang,sekejap lagi, malam nanti atau esok lusa tapi yakinkah kamu semua mereka akan hidup sekejap lagi, malam nati, esok mahupun lusa ? kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Sebelum mereka pergi dan selagi masih berkesempatan, luahkanlah kasih sayang itu buat mereka, biar mereka merasai kasih sayang kita untuk mereka.

Assalamualaikum. Sekian Terima Kasih.

Older Post | Newer Post