Farewell again ?
Friday, May 25, 2012 | Friday, May 25, 2012 | 0 Notes
Assalamualaikum , salam 1 Malaysia kepada semua reader(s)..
tittle tu buat saya sedih setiap hari. nak tanya sikit,2012 ni tahun perpisahan ke?
rasanya tahun nilah yang asik-asik buat saya sedih. mula-mula kawan pindah,
then cikgu kesayangan pun  pindah jugak. saya sungguh kecil hati dengan anda semua.
tapi apakan daya, saya tak mampu menahan mereka dan airmata ini. selamat tinggal semua.

bulan Mei ni perpisahan dengan cikgu kesayangan dari sekolah rendah. walaupun dia ni baru masuk masa saya darjah lima*masa nerd dulu* tapi dia mudah bergaul mesra dengan kami semua. dia mengajar saya english.
cara dia ajar memang mantop dulu, kalau boleh nak aja dia suruh kami semua copy paste kamus tu. mula-mula rasa annoying dengan dia pun adalah, but now, he my perfect teacher..kalau dulu tu tak dapat siapkan kerja sekolah, dia rotan tanpa belas kasihan. almaklumlah, guru tegas kononnya. dia juga merupakan guru bola tampar saya, \witwit/ dulu masa main bola tampar, tak pas-pas digging, then terpaksalah dia bertegas dengan anak angkat dia ni--->\sayalah/<---satu hari tu sampai dia dah bengang, dia suruh cikgu luar ajar saya, cikgu tu apa lagi, dia curahkan segala ilmu bola tampar dia tu pada saya macam Jadoo..tapi hampeh, digging lagi problemnya, then dia pegang tangan saya untuk ajar cara nak lembutkan tangan.\batal air sembahyang/ . ok, rasanya dah jauh tersesat.

minggu lepas saya dan rakan-rakan persejuangan pergi melawat dia lepas dengar dia nak pindah. then adalah snap picture dengan camera dia yang besar tu.

 gambar ni diambil selepas isi perut dengan air gas,nampak tak semua boyot? haha..yang anak-anak kecil tu kami culik dari rumah cikgu Redza. dia kata kalau nak amik anak dia, kena bawa botol susu, tin susu, pampes dan etc. biar saya perkenalkan satu demi satu--> yang tudung lain dari lain tu ika, yang pegang baby girl tu 'iffah, yang tengah-tengah tulah cikgu kesayangan kami, cikgu Redza, sebelah dia yang pegang baby boy tu farhana dan sebelah gadis itu ialah saya.

 waktu ni dengar sedikit nasihat daripada cikgu sebelum kena halau balik oleh dia sendiri.haha. kusyuk je dengar cikgu cakap,ialah, perjumpaan terakhir. insyaAllah kami akan jumpa lagi.
 masa bi tengah dengar beberapa info penting tentang buat 'peace'. alhamdulillah, info tu sangat-sangat bagus kepada kami semua.
                      yang gambar ni tak tahu pulak bila photographer kami amik. macam hapa je.
                      p/s: gambar diambil oleh abang shamim(adik ipar cikgu) hahaha

saya doakan cikgu gembira kat sekolah baru tu. nasib baik rumah sejengkal je dengan cikgu, kalau tak say sorry jelah. sumpah takkan pergi kalau rumah cikgu dua jengkal dari rumah. hehe. that's all about my teacher. rasanya tak terlambat untuk saya katakan HAPPY TEAHER'S DAY ! may Allah bless you and have bliss life. sayang cikgu banyak-banyak !

Older Post | Newer Post