You My Destiny-FanFiction(part 1)
Thursday, September 1, 2011 | Thursday, September 01, 2011 | 0 Notes
"oppa, saranghae ! saranghae !"
" mianhae Akira..mianhae"
saat itu, bercucuran air mataku tatkala mendengar kata-katamu.
kau pernah berjanji padaku untuk menyayangiku sepanjang hayatmu.
untuk merawatku bila ku dalam kesakitan, dan akan sentiasa berada
disisi ku sewaktu ku memerlukan kau. tapi mengapa? kerana si dia,
kau boleh berubah hati.adakah segala pengorbananku selama ini tidak
cukup lagi untuk kau melihatnya. kau sangat menghampakan hatiku ini.
" Akira, oppa bukan yang terbaik untuk awak. mungkin ada lelaki
lain yang lebih baik untuk awak dan boleh menggembirakan awak."
"oppa, jangan tinggalkan saya. saya sangat cinta pada oppa.
tolonglah, bagi saya peluang yang kedua."
kau bangun meninggalkan aku dari situ. kau tahukah betapa dinginnya
salji pada waktu itu ? bercucuran airmataku keluar tapi, adakah kau
berpaling kembali padaku? tidak ! kau pergi tanpa rasa sedikit kasih.
di Pulau Nami itulah menjadi saksi saat kita bercinta dan berpisah.
dan disitulah segalanya akan kembali semula. itu janjiku dan kita selamanya
takkan boleh berpisah. takku hirau dia siapa. sahabat atau bukan.asalkan
aku tak boleh memiliki kau, maka diapun belum tentu lagi akan bahagia bersama kau.
2 tahun kemudian.........

" baiklah, jumpa unnie di restoran nanti. jangan lupa jam 8 malam ya."
aku mendandan diriku dengan cantik agar kelihatan sempurna dimata semua.
pemandu sudah tiba dan aku bergegas keluar. tidak sabar rasanya mahu menyambut
hari lahir sahabatku yang tersayang, Yoonhe.selama ini, Yoonhe lah sahabatku yang
sangat memahami diriku. semua kesedihan dan kegembiraanku sepanjang 2 tahun ini
aku berkongsi bersama dia. aku sangat gembira dapat berkenalan dengan dia di universiti.
" wah Akira, kamu lebih cantik daripada unnie ni~"
" kita mahu menyambut hari lahir Akira atau Yoonhe?"
" kenapa pakcik bertanya begitu pada Akira?"
" ini kerana kamu lebih cantik daripada Yoonhe hari ini"
tersipu-sipu malu aku tatkala pakcik mengusik aku.merah padam mukaku
waktu itu. pakcik, makcik, Yoonhe dan kawan-kawan lain tertawa melihat
aku yang sudah malu-malu itu. 
" hai Yoonhe, selamat hari lahir"
" eh, kamu Simon.sudah lama kita tidak berjumpa"
" saya sangka Yoonhe sudah melupakan saya. terima kasih kerana masih 
mengingati saya sepanjang ketiadaan saya."
" kamu ni Simon, ada-ada saja. saya pasti akan mengingati kamu."
Simon.......ya, nama yang sangat bagus dan...dan...aku seperti mengenalinya. 
muka dia, mirip dengan salah seorang ahli BEAST.


sila beri pendapat anda jika ada kesalahan..!

Labels:


Older Post | Newer Post